SILA KLIK DI SINI

Thursday, January 7, 2010

tips-tips untuk melakukan pembelian dan penjualan di KLSE

ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan jika anda hendak melakukan pembelian. selaku pelabur yang hebat seperti anda, anda perlu berpegang pada beberapa prinsip.
1.beli ketika harga paling rendah.
2.jual pada harga paling tinggi(mesti letak target)
ini adalah perkara yang paling asas perlu dipegang oelh setiap pelabur. namun demikian saya akan meletakkan beberapa petua atau prinsip penjualan dan pembelian. jangan beli saham jika perkara-perkara ini berlaku
1. jika sesuatu saham itu melonjak ke tahap harga tertinggi pada minggu tersebut atau bulan tersebut atau tahun tersebut.
2. jika jerung-jerung negara(giant trader) sedang mengaut untung(profit taking).
3. syarikat stok tersebut mempunyai berita buruk sama ada khabar angin, khabar air atau khabar tanah(betul-betul punya).
contoh berita buruk:
i. syarikat akan bankrap
ii. syarikat mengalami kerugian(laporan kewangan atau masuk berita diaorang rugi besar)
iii. ceo syarikat dah nak mampos ceo, chairman atau bosnya.
iv.walaupun khabar angin tetap mempengaruhi harga. percayalah.
4.jangan buat pembelian seminggu sebelum atau seminggu selepas belanjawan negara.(belanjawan malaysia mepengaruhi penurunan harga bukan kenaikan harga-percayalah)
5. jika dowjones(new york punya) jatuh indexnya dan juga pasaran serantau. jangan beli.

jika anda memiliki sebarang stok dan melihat situasi-situasi di atas tolong cepat-cepat jual. kalau tak tanggung sendiri risiko.

No comments:

Post a Comment