SILA KLIK DI SINI

Friday, January 1, 2010

isu kehilangan enjin jet :apa kata patik berbicara?



sebenarnya selain menyentuh tentang kehilangan enjin jet saya juga ingin menyentuh tentang jet pejuang Malaysia iaitu MIG 29N Fulcrum buatan Rusia. berbicara tentang kehilangan enjin ni saya ingin melahirkan rasa pelik kerana enjin jet yang hilang tersebut merupakan enjin jet pejuang F-5E yang boleh dikatakan agak kuno dan kalau di negara maju sudah ditimbang kilo dan dileburkan menjadi telefon bimbit jenama Nokia dan Motorola yang anda gunakan sekarang. tak percaya sudah. tak heran kalau pegawai yang tertuduh atau terbabit(memandai je aku ni) tadi sudah jual enjin tu ke Argentina(melintasi laut pasifik). dia takut kalau pilot TUDM pakai enjin tu karang terhempas pulak kita jugak yang rugi duit dan nyawa. lagi bagus kalau dijual kepada negara dunia ketiga tak begitu. jangan-jangan dia ni terlupa nak letak resit kot. tetapi cuma andaian rambang semata-mata jangan ambil peduli. apapun kerajaan Malaysia kena selidik hal ini betul-betul jangan tangkap bilis-bilis je, tangkap sekali ikan jerung, ikan paus dan raksasa Loudness tu. kalau takat tangkap bilis jangan enjin jet dijual rasa-rasanya kapal selam yang baru dibeli habis digadainya.

cakap pasal jet pejuang MIG 29N Fulcrum yang hendak ditamatkan perkhidmatannya saya rasa agak sedih jugak sebab jet pejuang ni sebenarnya bagus walaupun agak berusia (dikeluarkan sejak 1981). ketika kali pertama jet ini muncul di screen satelit pihak NATO jet ini sudah menimbulkan rasa takut. walau pun banyak kali kalah dalam beberapa konflik politik di Iraq, Serbia dan timur tengah tetapi jet pejuang ini sungguh cemerlang di India ketika perang Kargil. cuma perbezaan jet pejuang MIG India dan MIG Malaysia, India punya sudah diupgrade sistem avionik dan persenjataannya. malaysia juga sudah tukar semua tu tapi belum terbukti. kehebatan MIG 29N India pilot mampu menembak jatuh pesawat musuh dengan hanya melihat ke arah mana jet lawan berada. cuma pandang dan komputer yang buat kerja. mudah bukan. Malaysia tak macam tu. so jangan jual jet pejuang ini. upgrade dan gunakan semula, jangan membazir. beli teknologi dari negara lain. jangan membazi, jangan membazir!

No comments:

Post a Comment