SILA KLIK DI SINI

Friday, January 1, 2010

Kempen berjimat

Baru-baru ini kerajaan sangat bertanggungjawab dengan melancarkan pelbagai program penjimatan. beberapa yang sempat saya dengar ialah penjimatan gula, penjimatan elektrik, penjimatan air, penjimatan minyak petrol atau diesel. tetapi yang pelik penjimatan garam dan penambah rasa MSG tiada dikempen padahal benda ni sama level bahaya kalau terlebih ambil. saya sangat memuji tindakan kerajaan ni kerana selama ni banyak NGO melancarkan kempen seperti ini tetapi rakyat tidak pandang siapalah mereka tu. lainlah kerajaan Malaysia ni sekali buat kempen terus rakyat ikut sesuailah dengan tema 1Malaysia pencapaian diutamakan rakyat didahulukan. saya suka saya suka. akan tetapi saya berasa pelik sedikitlah sama perkara yang akan saya sebut kemudian betul atau tidak setiap kali kerajaan membuat kempen penjimatan ni mesti akan diikuti kenaikan harga. itulah yang saya berasa hairan tu. misal contohnya gula. gula sebelum tahun 2010 ada kempen penjimatan gula untuk kesihatan. kalau gula diambil berlebihan memang berbahaya untuk kesihatan tetapi bagaimana pulak orang yang dah berjimat sebelum ni kalau harga gula naik lagi, alamat mereka tak ambil gula langsung kot. lagi bahaya kalau kurang gula dalam badan, boleh pitam hooo. oklah saya tahu kerajaan MEMANG IKHLAS melancar kempen-kempen ni, saya sokong pasal kenaikan harga tu agak-agak kebetulan kot. tapi kalau selalu berlaku ada patern berlaku tak kan kebetulan kot. akhir kata lu pikir lah sendiri (kesian nabil susah dia nak cari makan).

No comments:

Post a Comment