SILA KLIK DI SINI

Friday, January 1, 2010

Rossi tolak perlumbaan kereta

Rossi tolak perlumbaan kereta





BINTANG MotoGP, Valentino Rossi menolak tawaran untuk menyertai Ferrari bagi perlumbaan Klasik Le Mans 24 jam tahun ini.

Juara motosikal dunia itu diberikan peluang berlumba dalam pertandingan itu oleh bekas pemandu Formula sARUOne, Jean Alesi.

Namun, tawaran itu sebenarnya sukar untuk ditolak 'The Doctor'.

Alesi akan memandu Ferrari 430 GT2 bagi pasukan AF Corse dalam perlumbaan Le Mans, Jun depan.




Selepas mendengar Rossi berminat untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan lasak itu, dia yakin bintang motosikal berkenaan adalah calon sesuai untuk menjadi pemandu kedua.


Alesi, pelumba Perancis yang memenangi Grand Prix Kanada 1995 berkata: "Ia adalah impian untuk saya. Saya mendapat idea selepas mengetahui keinginannya untuk berlumba dalam Le Mans. Jadi kenapa tidak menyertainya bersama saya?"

Rossi yang menamatkan perlumbaan GT di Vallenlunga, Itali bulan lalu di tempat ketiga, menunjukkan keinginan untuk beralih arah selepas mencapai kemuncak karier dalam sukan permotoran dan pernah menguji kereta Ferrari F1 sebelum ini.

Dia juga dijadualkan bertanding dalam Kejohanan Rali Dunia di Mexico, Mac depan.

Tapi dia membatalkan hasratnya untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan kereta bagi memberikan tumpuan kepada usahanya memburu kejuaraan dunia motosikal buat kali ke-10.

Rossi berkata: "Saya bangga dengan tawaran Jean tapi Jun adalah bulan yang sibuk dalam kalendar perlumbaan Moto GP dengan tiga perlumbaan dijadual berlangsung.

"Justeru adalah mustahil buat saya memikirkan untuk menyertai perlumbaan 24 jam."

Pengurus pasukan Yamaha, David Brivio mendedahkan bahawa Rossi mahu mengelakkan sebarang gangguan dalam usahanya mempertahankan mahkota kejuaraan motosikal dunia.

Brivio berkata: "Rossi juga menolak cadangan menyertai perlumbaan rali di Mexico kerana tarikhnya begitu hampir dengan pusingan pembukaan Moto GP musim depan dan ketika itu adalah sesi ujian.

"Sebenarnya bila musim bermula, Rossi mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada motosikal sebagai karier utamanya.

"Itu sebab kenapa dia menyertai perlumbaan rali dan kereta ketika musim tamat."

Selain The Doctor, Rossi memiliki beberapa nama panggilan sepanjang kariernya sebagai pelumba.

Nama pnggilan paling terkenal adalah "Rossifumi." Rossi menerangkan asal-usul nama panggilan itu sebagai merujuk dan penghormatan kepada pelumba Jepun, Norifumi Abe.

Selepas itu dia mendapat nama panggilan baru ketika bersaing dalam Kejohanan Dunia 250cc. Nama panggilan "Valentinik" adalah merujuk kepada wira Donald Duck Itali, "Paperinik."

Sejak menguasai perlumbaan 500 cc dan MotoGP, Rossi dipanggil "The Doctor" kerana ketenangan dan kehebatannya mengatasi lawan dalam perlumbaan, berbeza ketika dia berlumba dalam saingan 125 cc dan 250 cc yang menyaksikannya menampilkan tunggangan tidak menentu dan merbahaya yang menyebabkan beberapa kemalangan.

No comments:

Post a Comment