SILA KLIK DI SINI

Monday, December 28, 2009

Pelaburan di BSKL (Bursa Saham Kuala Lumpur/Kuala Lumpur Stock Exchange

baiklah mari kita ke bab seterusnya. Untuk melabur di bskl atau klse sebenar agak mudah tetapi yang sukar ketika membuat keputusan untuk membeli dan juga menjual. saya akan cuba yang terbaik pada pos ini untuk menjelaskan dari langkah pertama hingga ke langkah yang terakhir. sekiranya berminat untuk tahu sila baca langkah-langkah di bawah.

1. anda perlu pergi ke bank seperti CIMB, RHB atau Public Bank (bank lain ada juga tetapi di Tawau rasa-rasanya ada yang ni sahaja). kemudian sila pergi ke bahagian pelaburan saham/stock trading. kalau tak jumpa tanya pada mana-mana kakitangan bank yang bertugas nak "saya nak buka akaun CDS. kalau dia tak tahu tanya orang lain sebab saya pun dah kena. tak semua kakitangan tahu.

2. setelah berjaya menemui bahagian atau jabatan bank share trading/pelaburan saham anda meminta pegawai tersebut untuk membuka akaun CDS. agak banyak juga partikular yang hendak di isi ada baiknya baca dulu. mana tahu ada perkara yang penting. setelah berjaya mengisi ada baiknya anda balik dulu dan buat research apa yang bakal-bakal saham di beli. sebab kenapa sayaberkata begini sebab agak lama juga anda kena menunggu untuk mendapatkan akaun CDS boleh jadi dua minggu atau 10 hari bekerja. kalau anda tinggal berhampiran Kuala Lumpur dan Selangor tiada masalah seperti ini. saya di Tawau ni sangat-sangat kerap berlaku.

3. ok anda telah menerima surat akaun CDS anda. tahniah tumpang gembira saya, baiklah anda kena pergi semula berjumpa pegawai yang berkenaan tadi. tunjukkan akaun cds anda dan memohon untuk mendaftar untuk membuat pembelian dan penjualan secara online di internet. boleh juga anda membuat pembelian dan penjualan melalui telefon tetapi caj pembelian dan penjualan agak tinggi iaitu 0.62% berbanding 0.42% melalui internet untuk kada semalaman. untuk kadar pembelian dan penjualan dalam hari tersebut sahaja kedua-duanya sebanyak 0.15% sahaja. namun demikian kelebihan penggunaan internet anda boleh memerhati saham pilihan anda lebih tepat. bahagian yang ini tak susah. untuk bank CIMB yang saya gunakan laman webnya itradecimb.com. bank yang lain kemudian lah saya masukan.


4. selepas berjaya membuka laman web tersebut. bagaimana caranya anda hendak memasukkan modal ke dalam akaun pelaburan melalui internet tadi. ha! anda akan dimaklumkan no akaun investment bagi bank tersebut dan anda pun boleh memasukkan duit anda dengan penuh rasa yakin. ingat baca dulu nama akaun yang muncul itu. seterusnya anda ambil resit yang dicetak oleh mesin pendeposit atau salinan slip bank yang telah di depositkan di kaunter. resit atau slip tadi jangan dibuang atau digulung-gulung untuk mengorek lombong di hidung atau di telinga sebaliknya serah kepada pegawai yang bertugas di bahagian share trading centre tu. kemudiannya tak lama esok harinya jumlah wang tersebut akan menjadi kredit dalam akaun pelaburan anda tanpa kurang sesen pun. kalau kurang korang sepak saja pegawai tak guna tu.

untuk bahagian seterusnya setiap laman web pelaburan mempunyai interface yang berbeza-beza jadi agak sukar untuk saya jelaskan semua. hanya cimb sahja yang mampu saya tolong sikit demi sedikit. tunggu untuk bahagian seterusnya

CDS = sistem dipositori pusat.

9 comments:

Unknown said...

Date Financial
Year No. Financial
Quarter Revenue
(RM,000) Profit Before
Tax (RM,000) Net Profit
(RM,000) Earning
Per Share (Cent) Dividend
(Cent) NTA
(RM) Trend
27/02/2015 31/12/2014 4 31/12/2014 42,718 1,183 945 0.05 0.00 0.100 ↑

Unknown said...

Heboh kes kaunter Sinotop di main board takeover John Master, untuk menguasai tekstil dunia kerana pemegang sahamnya milik warga China yang menpunyai pasaran yang terbesar di dunia.....rekod baru menunjukkan saham ini mula mencatatkan keuntungan...dulu boleh buat rugi...supaya orang jual...bila depa dah beli balik di pasaran dan kumpul banyak saham depa kata untung...bijak bijak.....tunggu naik aje....dah tak ada orang nak jual....

Unknown said...

Jualan John Master Industries Baik Bagi Pemegang Saham

PETALING JAYA, 17 Sept (Bernama) -- Pengeluar pakaian lelaki, John Master Industries Bhd (JMI), yang kini sedang menjual keseluruhan perniagaannya kepada sebuah syarikat tekstil dari China, merasa teruja terhadap kemunculan semula syarikat itu sebagai kuasa pengilangan berpangkalan di China.

Pengarah Eksekutif John Master Jackson Ho berkata pengambilalihan berbalik itu baik bagi para pemegang saham sedia ada.

Para pemegang saham akan mempunyai pilihan untuk melabur semula di dalam syarikat baharu atau menyimpan wang tunai dari pembayaran balik modal itu," kata nya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Subang hari ini.

John Masters akan menjual keseluruhan perniagaan pakaian dan hartanahnya pada harga RM78.5 juta dan memulangkan semula kepada para pemegang saham 63 sen bagi setiap saham yang dipegang oleh mereka.

Pembayaran balik kepada para pemegang saham JMI dijangka diselesaikan pada awal Disember 2009.

"Syarikat itu melupuskan perniagaannya berikutan tinjauan ketidaktentuan dan prospek lembap industri itu, ketidaktentuan mengenai prestasi kewangan dan saham yang sangat kecil diniagakan.

"Malah, bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2009, John Masters mencatatkan kerugian bersih RM2.29 juta berbanding dengan keuntungan bersih RM2.57 juta setahun sebelum itu.

Sebaik jualan itu selesai, syarikat baharu kemungkinan diwujudkan sebagai syarikat syarikat keempat dari China disenaraikan di Bursa Malaysia sebaik beberapa eksesais korporat diselesaikan menjelang suku pertama tahun depan.
Inilah saham SINOTOP
-- BERNAMA

Unknown said...

Betul SINOTOP akan kuasi semua pasaran tekstil Asia dan Dunia, kauasa besar dalam pasaran tekstil

Unknown said...

Patutlah beberapa minggu yang lalu heboh dalam wsap agar pemegang saham jangan lepas atau jual saham itu kerana kepentingan ekonomi bumiputra dan kemungkinan saham ini akan naik melambungggg

Unknown said...

Bila fikir fikir betoi juga ,,,,takkan kuanter main board Sinotop harga harga 6sen...tapiiii kalau dia mengamukkkk tak tau...orang makan kot celah gigi aje...tak ada lagi kuanter harga 6 sen...

Unknown said...

member cheak...rupa rupanya SINOTOP dok harga paras kemiskinan 5sen 6sen dan 7sen sudah hampir 5 tahun.....dasyat....betoi...tak naik naik...lagi atau blom mjadi rebutan orang lagi....dia kata bila dah 12sen baru orang nak beli dan naik lagi 22 sen lagi orang giler nak beli....

Unknown said...

ada maklumat orang dalam bagi tau saham Sinotop ni dia main sama sama dia jual dan beli sendiri kawan dia jual, dia beli, orang luar masuk beli dah kenaaa

Unknown said...

asalam, duit kita dah jatuhhhhhh terukkkkk....nilai saham kita akan dibeli oleh pelabur luarrrrr...habissss

Post a Comment