SILA KLIK DI SINI

Thursday, May 20, 2010

BENARKAH UTUSAN SENSASI

DS Najib menegur Utusan agar mengurangkan SENSASI di dalam berita. Persoalannya benarkah utusan sangat sensasi atau mensensasikan berita. memang betul Utusan banyak mensensasikan berita terutama berkaitan dengan parti pembangkang atau berita politik. tetapi apabila utusan menyentuh tentang ahli politik kerajaan, Utusan diarahkan untuk mengurangkan sensasi berita. mungkin ada kena mengena dengan Kekalahan piala Thomas, Kekalahan PRK di Sibu dan masalah Bung Moktar. Fikir-fikirkan........

Saturday, May 15, 2010

PENGACARA TV3 RANCANGAN 999 DI GERTAK DI TAWAU

Pengacara rancangan 999 saluran TV3 Mazidul Akmal Sidek berada di Tawau beberapa hari untuk menyertai operasi polis menyerbu pusat-pusat pelacuran di Tawau baru-baru ini. Menurut sumber yang tidak boleh dipercayai Mazidul Akmal Sidek digertak oleh seorang lelaki yang memakai singlet berbadan besar di Lapangan Terbang Tawau. Menurut sumber tadi lagi lelaki tersebut berpesan agar mengimbangkan kritikan Mazidul ketika mengulas keadaan Tawau. Sebenarnya matlamat lelaki tadi ialah untuk menjaga nama baik Tawau sendiri. Namun demikian menurut sumber yang tidak boleh dipercayai tadi Mazidul yang berasa takut mengambil tindakan dengan membuat aduan pada pihak PDRM melalui telefon selular. Lima minit kemudian lelaki tadi yang bertindak untuk mengertak Mazidul telah disoal siasat di tempat kejadian. Namun tiada tangkapan dilakukan dan lelaki yang tidak diketahui namanya telah dilepaskan. Sekian berita dari TV TAWAU. Salam hormat